Friday 15 February 2013

dapat ikan...



Semalaman hubby bermalam di kelong Bro Jas Anjung Batu (boleh check kat fb pasal kelong ni)...menanti ikan2 di lautan Selat Melaka membaham umpan2 yang dilayangkan...hehehehe..itu la hobi hubby aku...memancing....alhamdulillah adalah rezeki untuk keluarga....dah dicuci pun ikan2 ni..nak masak nanti kan senang....tangan pun masih berbau ikan....Alisya pulak nak memanggil2 nak bekalan susu dia...huhu...

Tengah memikir2 nak masak apa ikan senangin yang besar tu...ikan gelama yang 3 ekor tu plan nak goreng jer...mesti sedap..orang kata ikan baru ni rasanya manis....ikan pari (hadif panggil ikan pari-pari....walaupun telah beberapa kali dibetulkan oleh amir...dia nak juga panggil ikan pari-pari)...hadif kata ikan pari-pari kita goreng....ikan yang sirip warna kuning tu tak tahu la ikan apa...aku ni memang tak berapa nak kenal ikan-ikan laut...kalau gi pasar mesti tanya hubby..ni ikan apa..ni ikan apa...sedap ke tidak....hehehehe...tak kenal ikan rupanya aku ni......

Lepas ni nak buat permohonan kat hubby buat trip memancing untuk anak-anak aku tu...kesian semalam diorang nak ikut tapi kitorang tak beri memikirkan umur dan keselamatan semasa di kelong...malam lak tu...lagipun aku takut hadif mengganggu ikan-ikan yang nak makan umpan tu....pet..pot...ikan pun lari.....then mesti orang yang turut ada kat atas tu stress tak dapat ikan.....tunggu ye sayang...kalau abah cuti panjang kita gi fishing...sekarang ni ada kelong yang moden siap ada bilik tido dan sesuai untuk membawa keluarga...tunggu

No comments:

Post a Comment