Thursday 26 December 2013

Perit Getir Memperoleh Pensijilan 5S

Hari ni...26 Disember 2013..Impian untuk memperoleh pensijilan 5s tercapai...suka duka esak dan tawa mengiringi usaha untuk itu..menunaikan hasrat pengurusan HQ hinggalah pengurusan di Negeri.......Tuhan je yang mengetahui..duit dah terbang banyak ni..hopefully bila claim cepat la dapat hendaknya.

Borang2
Bilik Cetakan yang sudah bertukar hijau


sedikit ilmu untuk dikongsi sebagai
panduan

Sudut 5s ikut zon & gambar sebelum
 & selepas

dalam laci setelah di5skan

meja contoh
sedikit sebanyak yang boleh dikongsi...hasil usaha 5s kitorang...byk lagi tapi ni je yang ade dalam pc...
nak upload gambar masa disahkan untuk dapat sijil..tp dalam hp plak...

boleh la tido ari ni...alhamdulillah
yahoooooo




Sunday 3 November 2013

4 hari 3 malam

Sempena birthday mak mertua aku, hubby ku and adik ipar ku...kami pegi Bandung Sekeluarga...4 hari 3 malam..abah, mak, busu, mak ngah, pak ngah, uncle yan, auntie and family aku yang berlima branak...menunaikan impian mak mertua aku nak ke Bandung....akhirnya dapat jua jejak kan kaki ke Bumi Bandung yang penuh sejarah..





seronok memang seronok tapi...hari ke tiga tu aku muntah-muntah...so 1/2 hari di pasar baru cuma mampu beli beberapa helai baju dan telekung..selebihnya melayankan tekak yang dah mual2 dan kepala dah pening... mak and abah mertua pulak cirit birit...tak tahu la makan apa..yg terselamat hubby, pak ngah uncle, busu and anak2 aku, waseem n huda..yg lain2 tumpas..kecuali mak ngah...dah sampai malaysia baru terkena...

tapi apa2 pun kita semua enjoy...dapat melihat tempat orang, cara kehidupan masyarakat Bandung, tempat sejarah...Tangkuban Perahu pun best...Bandung terkenal sebagai syurga membeli belah..peredaran fesyen bermula di sini...tak dapat dinafikan ramai2 model di Indonesia berasal dari Bandung....

mcm tu lah....4 hari 3 malam..walaupun dah lama berlalu tapi masih segar di ingatan....bulan 9 punya cerita tapi bulan 11 baru publish..kira ok la tu

Bonda Ku..

Waw...dah lame tak update blog aku ni....bz nau rasanya..kekekeke
anyway..byk benda nak cerita..tp entry kali ni nak cerita bondaku...dah sebulan dia duk kat rumah aku...sebelum raya aji ari tu aku gi jemput dia..datang duk umah aku...walapun masa ambil tu dia tak nak sebenarnya tapi....mak aku pun bukan jenis banyak cakap so follow je lah...otw pegi dan balik tu entah berapa kali aku berhenti..betulkan bantal alisya..kejap lagi alisya nangis..berhenti lagi...tp alisya memahmi mama dia tengah drive tak de la dia merengek sangat..lgpun dia ada abang2 yang baik2..so diorang handle alisya sementara aku drive...hubby tak ikut..dia keja pagi...maybe dia memahami hasrat mama dia nak jaga nenek....

ni dekat 1 bulan duk umah aku...dalam tempoh tu entah berapa kali mak aku tanya..bila aku nak hantar balik PD...selang 2 hari tanya lagi..bila nak antar dia balik..selang 2 hari dia completekan lagi ayat pertanyaan dia..bila ko nak antar mak balik...pagi ke petang..selang lagi..dia cakap dia tak "kerasan"duk umah aku...selang berapa hari lagi dia cakap dia dah "kangen"PD...aku tak jawab apa...senyap je...aku ada jawapan tapi aku tak beri...kekadang aku tak de jawapan...so aku biarkan saja mak dalam persoalan dan permintaannya...nak jawab...dia pasti tak faham sebab mak aku ada masalah pendengaran dari kecil...bila usia bertambah semakin teruk la pendengaran nya...

so untuk meringankan beban persoalan dan permintaan dia...pegi mana2 aku bawa mak aku..kekadang gi kenduri kawin..tesco..family store...tapi kaki mak aku lak tak kuat nak jalan jauh...jadinya amir la jadi mangsa temankan nenek dia duduk sementara aku ngan hubby pegi beli barang...atau aku biarkan hubby aku gi round2 ngan alisya...amir n hadir main di play center..aku duduk ngan mak aku sambil perhati gelagat orang....kitorang terpikir gak nak cari wheel chair..senang sikit kalau bawa mak gi jenjalan...n panjang langkah kitorang kan...tp perkara tu akan difikirkan dulu...


aku nak mengurut tak pandai jadinya masuk duit rm1...aku suh kerusi ni urut...


sementara mak hidup...InshaAllah ku gagahi juga untuk bergilir untuk jaga mak...lagipun mak kuat lagi dan boleh pegi mandi dan makan sendiri, boleh  solat cuma kekadang dia lupa banyak benda...biasalah orang dah berusia ni...aku yang muda ni pun rem dah kurang juga...hehehe...sabar ye mak...mungkin mak dah boring duk umah aku...tapi itu sahaja pilihan yang ada...minta maaf mak..kalau banyak kekurangan semasa jaga mak...

ni masa gi tesco melaka...hubby nak cari barang..sementara amir & hadif main kat playland tu...

Thursday 21 March 2013

Jahit Manik

Kalau you all nak tahu...selain memasak..jaga anak...kemas rumah..aku ada hobi lain...hobi yang ni memerlukan ketekunan yang amat tinggi..kekeke...aku suka jahit manik kat baju..tp the problem is..aku excited jahit manik kat baju orang jer..baju sendiri ada lomah sikit lutut acik ni haaa...

Asal usul aku suka jahit ni bukan apa...bila tengok baju orang lain yang bergemerlapan dengan manik..labuci dan batu-batu berlian..aku jeles la...then aku cuba2 la pegang jarum, benang dan manik2 ni...lagipun you all tahu kan...mahal tau kalau upah kat luar ni...so aku bertekad nak master dalam jahitan manik ni....aku cuma belajar dari pemerhatian kat baju..majalah.internet..tilik...lama2 lepas tu buat.....nak belajar pun yuran dia boleh tahan....sekarang ni aku menyambung hasrat nak belajar jahitan manik 3D tapi lum berkesempatan lagi...kalau ada peluang aku pasti gi belajar............

ok...you alls nak tengok tak hasil kerja aku......jeng..jeng..jeng...
ni yang paling latest la...aku buat untuk adik bongsu husband aku....gambar ni yang tak complet..dah malam2 tu aku ambil keputusan nak tambah sikit lagi kat tepi2 tu..supaya lebih mengancam....

ok lepas ni gambar2 hasil jahitan yang telah aku buat..sila la tengok:



















yang atas ni aku buatkan untuk nana...anak officemate aku...dia keje kat KKTM..
 yang sebelah kiri ni aku buatkan untuk mak mertua aku....












yang hijau ni untuk diri sendiri...



yang coklat ni untuk bff aku...................


















Kek Batik untuk Hadif

Hari ini ada majlis bacaan yassin dan tahlil di Tadika Al-Aqil...sekolah hadif...so parents yang berminat boleh menyumbang makanan dll. ermmm....aku pun mencari ilham ape nak buat ni.....tanya hadif...dia x de idea...dia sindir aku ada la....ade ke dia ckp aku cuma tahu buat donut jer...haloooo hadif ini mama la...mcm2 mama blh buat...kekeke...dalam hati x nak mengalah juga tu....maka...fikir punya fikir..congak punya congak....aaaahaaaaa..KEK BATIK...dah berkurun x buat..

Maka...lepas balik jemput budak2 tu singgah la Family Store kat Duyung...beli bahan2...masa beli tu tak tgk resepi...main beli je apa yang tahu....beli loyang...milo..serbuk koko...biskut marie..susu pekat....kena pow dengan amir n hadif..beli calsiyum yang baru..ermm boleh janji korang happy...

Balik rumah...alisya dah tido jap..pegi tgk kat FB kot2 la jumpa resepi kek batik....alhamdulillah...mcm dah tahu2 je memang aku tgh cari resepi kek batik ni...so...jumpa satu resepi tu mcm best..tapi kena kukus plak...huh...tekad kan niat...ermmm buat je lah..pengukus tu nanti aku geledah2 kat dapur apa yang ada tu la aku akan jadikan pengukus...

selepas makan malam tu..alisya pun dah tido..maka aku pun memulakan acara membuat kek batik...dibantu oleh chef hadif n chef amir....macam ni caranya:

masukkan 1 1/2 cawan tepung, telur 2 biji, milo 2 cawan, susu pekat 1 tin, 1 cawan serbuk koko, 1 sudu nescafe, 3 sudu gula...ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. dalam kuali atau periuk cairkan 250 gm mentega atas api yg perlahan..dah cair masukkan adunan tadi..kacau hingga sebati...matikan api

ambil loyang...masukkan 2 senduk adunan tadi ke dalam loyang..then susun biskut marie..letak lagi adunan tu dan ulang sampai habis....dah siap boleh la di kukus.....1 @ 2 jam..aku cadangkan lebih dari 1 jam...supaya biskut marie tu lembut...haa...ingat tak aku mane la ada pengukus..hehehe..ape aku buat ambil periuk yang besar...letak tungku dapur dalam tu..isi air...dan kukus..hahaha boleh je..tp penutup dia kena balut dengan kain..kalau tak air menitis atas kek..nak tengok hasilnya......

Tarrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Friday 1 March 2013

alisya...2 bulan

Sedapnye Dhiya Alisya tido kan...dia tak tahu kejap lagi dia nak kena cucuk DTaP/DT, Hib, IPV....lgpun kat klinik ramai plak hari ni...jdnya beri peluang alisya tido dalam kereta sementara tunggu giliran.

selepas beri peluang dia tido ni...aku bawa masuk jumpa nurse..check n dapatkan suntikan imunisasi yang ke tiga...sian dia alisya nangis..uwaaaaaa...satu klinik dengar..tp kejap je alisya kan kuat..bagus anak mama...sebelum tu alisya kena timbang dulu dan ukur lilit kepala..so genap 2 bulan berat Alisya 5 kg..ketinggian 56 cm...lilit kepala nurse ni  lupa lak nak tulis dalam buku...ayoooo....

sampai rumah terus bagi alisya makan ubat...


Sunday 17 February 2013

oh no!!!! Alisya selsema...

Risau tul bila Alisya selsema...umur baru 53 hari nak....erm....berjangkit dari Abg Hadif...puas la ditegur tak nak cium baby alisya tau...dia cium juga...baring sebelah Alisya la..suara lemak merdu dah digunakan...high note pun dah...tapi tak berkesan langsung...sayang nau adik dia ye...ermmm....Walaupun selsema..Alisya tetap cool....baik tul anak dara mama ni...alhamdulillah...

dah google dapat lah informasi di Baby Centre berkenaan selsema ni..kita share sama2 ye:

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius. Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam. 

Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya ia merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. 

Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 101 darjah F / 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan. Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka. 

Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya. 

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun. 

Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan. Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika selesema berlarutan lebih dari lima hari; jika suhu anak anda melebihi 102 darjah F / 39 darjah C; atau jika dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan, atau mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya. 

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 

• Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

• Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi. 

• Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

• Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung. 

Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 

Friday 15 February 2013

dapat ikan...



Semalaman hubby bermalam di kelong Bro Jas Anjung Batu (boleh check kat fb pasal kelong ni)...menanti ikan2 di lautan Selat Melaka membaham umpan2 yang dilayangkan...hehehehe..itu la hobi hubby aku...memancing....alhamdulillah adalah rezeki untuk keluarga....dah dicuci pun ikan2 ni..nak masak nanti kan senang....tangan pun masih berbau ikan....Alisya pulak nak memanggil2 nak bekalan susu dia...huhu...

Tengah memikir2 nak masak apa ikan senangin yang besar tu...ikan gelama yang 3 ekor tu plan nak goreng jer...mesti sedap..orang kata ikan baru ni rasanya manis....ikan pari (hadif panggil ikan pari-pari....walaupun telah beberapa kali dibetulkan oleh amir...dia nak juga panggil ikan pari-pari)...hadif kata ikan pari-pari kita goreng....ikan yang sirip warna kuning tu tak tahu la ikan apa...aku ni memang tak berapa nak kenal ikan-ikan laut...kalau gi pasar mesti tanya hubby..ni ikan apa..ni ikan apa...sedap ke tidak....hehehehe...tak kenal ikan rupanya aku ni......

Lepas ni nak buat permohonan kat hubby buat trip memancing untuk anak-anak aku tu...kesian semalam diorang nak ikut tapi kitorang tak beri memikirkan umur dan keselamatan semasa di kelong...malam lak tu...lagipun aku takut hadif mengganggu ikan-ikan yang nak makan umpan tu....pet..pot...ikan pun lari.....then mesti orang yang turut ada kat atas tu stress tak dapat ikan.....tunggu ye sayang...kalau abah cuti panjang kita gi fishing...sekarang ni ada kelong yang moden siap ada bilik tido dan sesuai untuk membawa keluarga...tunggu

Thursday 14 February 2013

makan...makan..

13 FebruaRI 2013 (Rabu) - hari-hari kena fikir nak buat breakfast apa...ermmm...so semalam aku buat roti berlauk a.k.a roti telur....beza roti telur yang selalu makan kat kedai tu dengan roti berlauk ni adalah udang kering....roti berlauk ada udang kering ye....Resepi turun temurun dari arwah nenek pernu (nenek hubby aku belah abah mertua)...tapi aku tak pernah jumpa pun dengan arwah nenek...jadinya..ilmu ini telah aku gali dari ibu mertuaku...blajar secara tidak formal....tapi boleh lah kan...improve dari masa ke semasa...dulu2 mak aku buat roti canai air garam ngan tepung jer....dah besar2 ni...bila gi kedai makan tu aku tengok je mcm mana diorang uli tepung untuk buat roti tu...yang paling penting adunan tepung tu...isinya anything can do...sarding...telur je...marjerin+gula..bla..bla...so untuk julung2 kalinya aku telah mendokumentasikan cara2 buat roti berlauk a.k.a roti telur versi aku sendiri:-
2 cawan tepung
1 sudu marjerin
1 biji telur
1 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan air

cara-cara:
1. masukkan marjerin, telur, susu, garam dan air
2. then masukkan tepung
3. uli hingga menjadi doh
4. kalau lembik dan melekit campurkan dengan tepung sedikit demi sedikit..melekit sikit tak pe...tp jgn sampai keras....janji lembut dan tidak melekat kat besen/mangkuk...
5. uli lama sikit agar doh lembut (kita boleh rasa dengan tangan kalau doh tak lembut...rasa kasar)
6.  kalau dah lembut gitu...buat bulat2 anggaran bola tenis....masukkan dalam mangkuk yang berisi minyak masak....tenggelamkan dalam minyak...tak tenggelam penuh pun tak pe..
7.  letak tepi dalam 15 minit...

sementara nak tunggu 15 minit berlalu kita boleh sediakan intinya pula
1.  udang kering - suka hati lah nak letak berapa banyak
2.  telur
3.  bawang - dimayang..kalau boleh tumbuk sikit (org tua2 kata matikan airnya) - jgn lumat pulak..tak best
4.  garam secukup rasa.
5.  cili potong kalau suka

campur semua bahan2 dan ready untuk mencanai roti...

cara2 mencanai roti:
1.  ambil satu adunan roti letak atas dulang yang telah disapu minyak masak
2.  tekan2 adunan tu dengan menggunakan tapak tangan (bkn tgh2 tapak tangan tapi jari2 dirapatkan)..letak minyak tau...
3. agak2 dah nipis tu baru tarik tepung tu sampai ke tepi dulang...
4.  hati2 jangan sampai konyak pulak...kalau tangan kanan tarik...tangan kiri pula ampu dari bawah untuk mengurangkan risiko untuk konyak...sampai jadi mcm gambar kat sebelah ni ye..
5. dah siap mcm ni baru masukkan intinya pula...
6. dah letak lipat tepung tadi kiri kanan..balas atas bawah


lepas tu dah boleh goreng...guna api yang perlahan...

akhirnya siap juga.....boleh dimakan sediakan sekole air nescafe...utk hubby tersayang....selamat menjamu selera...

Saturday 9 February 2013

blogku berwajah baru!


Yea blog aku http://amirhadifalisya.blogspot.com/ dah berwajah baru setelah digodeh2 oleh pendi aka pakbear. semoga blog ku ini terus maju ke hadapan untuk berkongsi kisah hidupku bersama en. hubby dan anak2. inilah pahit manisnya kehidupanku...

Sudi2lah menjengok jika sudi. terima kasih! Hehehe

Friday 25 January 2013

ronda2 kat JJ

dalam minggu ni...aku dah mula jemput amir dari sekolah...InsyaAllah aku ok hendaknya..walaupun masih dalam pantang...walaupun org keliling confius kenapa aku dah drive..dah kuar gi pasar malam...ooo...what to do....doa yang elok2 je lah k..


hari ni lepas amik amir kat sekolah....aku panjangkan langkah kaki ku gi Jaya Jusco Ayer Keroh...hahaha..rindu seh nak g JJ....tp banyak habis masa gi area baby...almaklum ler..dah ada baby baru...anak dara ku tu..Dhiya Alisya....tapi cuma beli losyen untuk alisya kat Gurdian....beli coklat utk hadif..dan seperti yang dijanjikan hadiah untuk amir sempena hari jadinya (tgk la pica ape hadiah yang aku beli tu ;)

Monday 21 January 2013

syoknye cuti...

hari ni....umur Dhiya Alisya baru 27 hari....dah besar anak mama...dah boleh respon bila abang hadif borak2 ngan dia..muncung2 mulut tu nak bercakap...dan dah 27 hari la aku bercuti...ada lagi 63 hari lagi baki cuti bersalin aku...syoknye cuti beb....lapang otak dan perasaan aku tak yah nak fikir hal office yang makin mengarut tu...hari2 bangun tido prepare breakfast untuk amir n husband...diorang dah gi sekolah n keje...kemas rumah..buka tingkap...tgk rancangan agama Muqaddimah and Tanyalah Ustaz..sambung Tanyalah Ustazah...sampai lah Alisya bangun kul 8.30 pagi..Hadif yang dicutikan dari sekolah selama sebulan biasa lum bangun time2 mcm ni...Alisya bangun nak menyusu n terus mandikan dia...lepas tu dia sambung tido sampai kul 10 lebih..menyusu..tido balik...then aku siap2 nak masak untuk lunch...hari2 mcm ni..syok tul..tak yah nak fikir....kejar punch card..nak buka email..jaga jadual waktu pengarah..bla..bla..soo wonderfull day...

Sunday 20 January 2013

potong kek...

Malam tadi..sempat celebrate birthday amir...kitorang je anak beranak...hehehe ok la tu kan amir..dari tak de langsung...hadif plak sibuk suh jemput ramai orang...nak celebrate ngan kawan2..puas cari idea nak kona cakap dia ni...aku tgk amir ni simple...so cake dia pun simple tapi praktikal..blh mkn semua kecuali ultraman tu lah.....apa pun yg penting dia seronok dan ada sesuatu yang boleh dijadikan memori...hadiah je belum beli...aku tgh pantang ni tak leh nak kuar..husband aku lak asik keje 7/7 sampai rumah pun dah malam...nanti ada masa blh lah belikan hadiah....

Friday 18 January 2013

amir.hadif.alisya

Askm...catatan 19 Januari 2013
Tambah kapsyen
First entry...nak mulakan balik guna blog..tp kena create blog baru..blog lama sudah lupa daaa....anyway hari ni birthday anak aku yang sulung AMIR ZAKWAN..dah 7 tahun anak aku ni...gambar sebelah kiri tu..gambar amir masa majlis graduasi Tadika Al-Aqil kat JB...dpt no 1 dlm kelas..pandai gak anak aku ni hehehehe....yg gambar sebelah tu masa amir baru je lahir..mata pun lum bukan lagi...tido je masa tu.....sekarang dah amir dah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Peringgit. Macam ibu-ibu lain di luar sana..harapan aku amir jadi anak yang soleh..berjaya dunia dan akhirat....nak sampai ke situ...aku and husband la kena pastikan harapan bukan tinggal kenangan.....